Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Teruja Pasang Jalur Gemilang Sahut Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

By 4 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad

KLANG, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Dalam usaha memperkukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara, Persatuan Penduduk Taman Kembara 22F menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R 1JG).

Aktiviti memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang dilaksanakan secara bergotong-royong melibatkan warga taman yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Semangat belia Taman Kembara 22F turut turun padang sama-sama memasang Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kembara 22F, Suzalmizi Mohamed teruja melihat sokongan dan semangat perpaduan ahli persatuan yang bergotong-royong menghias kawasan perumahan mereka dengan kibaran Jalur Gemilang.

“Saya juga menyampaikan Jalur Gemilang kepada warga taman dan menggalakkan mereka mengambil gambar rumah mereka yang dihiasi Jalur Gemilang dan berkongsi di media sosial dengan tanda pagar #SatuRumahSatuJalurGemilang sebagai inspirasi kepada komuniti-komuniti lain untuk turut serta dalam inisiatif ini,” katanya.

Mohammad Zahir Mahmud, 30, salah seorang penduduk Taman Kembara 22F turut berkongsi perasaannya mengenai inisiatif (1R

Suzalmizi (kiri) Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kembara 22F menyampaikan Jalur Gemilang kepada Zahir (kanan) untuk dipasang di kediaman masing-masing sahut inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’

1JG).

“Saya sangat berbangga menyertai inisiatif ini dan melihat Jalur Gemilang berkibar di setiap rumah membuatkan saya lebih bersemangat dan berbangga sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang adalah bertepatan untuk menterjemah semangat patriotik dan rasa bangga menjadi anak Malaysia melalui kibaran Jalur Gemilang.

-AA-

Tinggalkan komen anda