Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvokesyen PUO Ke-52, Lahirkan Graduan TVET

By 27 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/PUO

IPOH, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) Ke-52 yang berlangsung selama lima hari bermula semalam menyaksikan seramai 1,748 graduan dari 20 bidang diraikan sekaligus menjadikan 88,567 graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) telah dilahirkan sejak penubuhan PUO pada tahun 1969.

Dr. Shamsuri berharap agar semua pihak terus setia menyokong serta menyumbang ke arah kegemilangan PUO sebagai sebuah institusi TVET yang unggul.

Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut Saarani, TVET memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu pembangunan negara.

“Sebagai graduan TVET, saudara dan saudari berada pada kedudukan yang strategik untuk menjadi tulang belakang pada transformasi industri negara.

“Saya bersama pentadbiran Kerajaan Negeri Perak telah merangka sebuah pelan pembangunan strategik dikenali sebagai Perak Sejahtera 2030 yang turut memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan berkemahiran tinggi khususnya bidang TVET,” ujarnya.

Seramai 1,671 graduan Diploma, 63 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 14 graduan Sijil Kemahiran Asas telah diraikan di Konvokesyen PUO ke-52.

Sementara itu, Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah, berkata PUO telah terpilih sebagai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang merupakan penghormatan tertinggi institusi TVET tanah air.

“PUO bertaraf APEX harus bersedia dengan kekuatan dan keberanian luar biasa untuk menyediakan program TVET berkemahiran tinggi (Hi-TVET) berteraskan elemen praktikal, pengalaman dan inovasi industri.

“Ia seiring dengan fokus KPT untuk menjadikan PUO sebuah institut TVET unggul dan kompetitif,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda