
Laporan/foto: Anuar Che Amat
ARAU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Lazimnya kita akan mendengar mengenai kayuhan basikal sempena bulan kebangsaan tetapi Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad mencipta kelainan apabila menganjurkan ‘Kayuhan Merdeka’ dengan menggunakan perahu panjang
di Sungai Tambun Tulang, di sini semalam.

Acara ‘Kayuhan Merdeka’ sejauh 200 meter kepada tetamu jemputan turut diadakan.
Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Ismail Mat Nor matlamat program ini adalah untuk menyemai rasa cintakan negara dalam kalangan pelajar.
“Sebelum ini pihak sekolah cuma menganjurkan pertandingan balapan sempena hari sukan antara rumah pelajar tetapi pada ini yang juga jatuh pada Bulan Kebangsaan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah menganjurkan pertandingan kayuhan ini,” ujarnya.
Program kayuhan perahu panjang yang pertama kali diadakan di sekolah ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Persatuan Kenu Negeri Perlis, SwCorp Perlis, Polis Diraja Malaysia dan Komuniti MADANI Tambun Tulang.

Guru dan pelajar bergambar kenangan sebelum memulakan pertandingan ‘Kayuhan Merdeka’ perahu panjang.
Jelas Ismail lagi, ia juga mampu membina keyakinan diri para pelajar ketika berapa di dalam air (sungai).
“Pada pagi ini seramai lebih 100 orang pelajar dan guru yang mengikut rumah sukan masing telah menyertai pertandingan tersebut yang berjarak sejauh 200 meter dan objektif lain pula diharapkan dapat mencungkil bakat bakat baharu di sekolah ini di dalam aktiviti sukan air terutamanya sukan perahu dan kenu,” katanya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Mazli Hamdan.
-ZS-