
Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Kota Setar)
ALOR SETAR, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Rantaian maklumat daripada Komuniti MADANI boleh membantu masyarakat dalam menyelami dan memahami erti kemerdekaan sebenar.

Md Isa Man menerima penghargaan dari wakil Pegawai Penerangan Daerah Kota Setar.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Jelai Jamadi Jamaluddin, selain tujuan program Konvoi Jelajah Ukhwah untuk mengedarkan Jalur Gemilang ianya juga bertujuan memperkukuh jati diri masyarakat setempat serta mengeratkan ukhwah sesama penduduk kampung berhampiran.
“Dengan harapan mengajak semua generasi menyelami erti kemerdekaan dengan penuh bermakna agak tidak dilupai perjuangan orang-orang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan,” katanya di Dataran Kampung Tok Pauh, Mukim Tajar, di sini semalam.

Penduduk mengibarkan Jalur Gemilang.
Menurut Pengerusi Komuniti MADANI Saga, Mohd Firdaus Mehat perjuangan yang tidak mengenal penat lelah adalah satu bentuk kesepaduan yang simbolik menjadi unsur perlambangan Jiwa Merdeka yang menjadi tema Hari Kebangsaan kali ini.
“Jika kita mengukur kebaikan, jangan sesekali kita mencari keburukan untuk menutupi kebaikan yang telah lama kita kecapi.
“Program kolabrasi diantara Komuniti MADANI Saga dan JPKKP ini wajar diteruskan untuk sentiasa bersama dan saling bantu-membantu bagi memperkukuhkan perpaduan,” katanya
Bagi Md Isa Man, 80, kemerdekaan adalah perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang sangat-sangat tidak ternilai dengan wang ringgit kerana ia lebih kepada maruah dan harga diri.
-ZS-