Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program Cintai Sungai Klang Pupuk Rasa Cintakan Kebersihan Dalam Komuniti

By 9 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Zai Zack

KLANG, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Program Cintai Sungai Klang telah diadakan di Pengkalan Nelayan Kampung Delek, di sini semalam.

TPr Noraini ketika merasmikan program.

Program dirasmikan oleh Datuk Bandar Klang, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datin Paduka TPr. Noraini Roslan serta dihadiri oleh 200 orang peserta untuk bergotong-royong membersihkan sungai dan kawasan sekitar.

Menurut Noraini, bukti cintakan negara bukan sekadar kibarkan Jalur Gemilang, malah menjaga kebersihan sungai juga salah satu bukti kita sayangkan negara kita.

“Penduduk setempat tidak seharusnya menunggu Pihak Berkuasa Tempatan atau jabatan dan agensi tertentu untuk menjaga kebersihan kampung tetapi kesedaran dari dalam diri itu penting dan perlu diterapkan dalam keluarga masing-masing,” katanya.

Penyampaian cenderamata kepada Datuk Bandar.

Program gotong-royong ini melibatkan empat titik semakan iaitu Pengkalan Nelayan Kampung Delek, Hadapan Masjid Nutul Amin, Surau An-Nawawi dan Tapak Pasar Malam Kampung Delek.

-ZS-

Tinggalkan komen anda