Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MOTAC Lancar Kempen Amalan Budaya Nilai Tinggi

By 25 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Amalan Budaya Nilai Tinggi merupakan teras pertama dalam Dasar Kebudayaan Negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan Masyarakat MADANI yang mempunyai budaya nilai tinggi dalam semua aspek kehidupan.

Gimik pelancaran Kempen Amalan Budaya Nilai Tinggi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah melancarkan Kempen Amalan Budaya Nilai Tinggi bertempat di Panggung Sari, Kompleks Kraf, di sini semalam.

“Saya amat yakin bahawa pengamalan budaya nilai tinggi dalam kehidupan seharian, sama ada dalam bentuk komunikasi, pertuturan, panggilan, perlakuan serta pergaulan adalah penting,” katanya.

Pelancaran Kempen Amalan Budaya Nilai Tinggi adalah kesinambungan pada Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang bertujuan bagi memupuk dan menghayati budi bahasa serta nilai murni dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Persembahan tarian oleh Kumpulan Kesenian JKKN WPKL.

Bertemakan ‘Amalan Budaya Nilai Tinggi, Negara Maju Rakyat Berbudaya’, ia merangkumi amalan nilai-nilai murni yang mencakupi sepuluh nilai bersama iaitu Kemuliaan Ilmu, Kesejahteraan, Kerohanian, Kejujuran, Kesetiaan, Kesaksamaan, Kebersihah, Keindahan, Muafakat dan Budi untuk dijadikan amalan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda