Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

202 Keluarga Terjejas Banjir Lega Terima Bantuan

By 25 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faridah Hanim Abdul Ghani (Seberang Perai Utara)/Kapt. (PA) Widiana Mohd Ani 

TASEK GELUGOR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 202 keluarga yang terjejas akibat banjir dari Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah kini menarik nafas lega selepas menerima bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan, kelmarin.

Setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai RM500, selain Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Salah seorang penerima bantuan yang berkerusi roda ketika ditemu ramah oleh pemberita.

Bantuan ini disampaikan oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri dalam satu majlis di Dewan Besar Sungai Dua, di mana beliau turut menyampaikan mesej keprihatinan kerajaan terhadap nasib mangsa.

“Bantuan ini adalah cerminan komitmen kita terhadap rakyat yang terjejas.

“Dengan solidariti dan kerjasama, kita yakin rakyat Pulau Pinang mampu bangkit semula,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda