
Laporan/foto: Faridah Hanim Abdul Ghani (Seberang Perai Utara)/Kapt. (PA) Widiana Mohd Ani
TASEK GELUGOR, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana, seperti banjir, kesedaran awal merupakan elemen penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan keluarga.

Suasana sekitar dewan.
Menurut Penolong Pengarah Sektor Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang Mejar (PA) Kamal Jakarinah, kesedaran serta persiapan awal adalah kunci untuk menghadapi situasi sukar seperti banjir kilat.
“Dengan persiapan yang betul kita dapat melindungi keluarga dan harta benda kita dengan lebih baik,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif di majlis penyampaian sumbangan kerajaan kepada mangsa banjir, di sini kelmarin.

Dengan bantuan ini serba sedikit dapat membantu manga yang terkesan.
Dalam kejadian terkini sebanyak 760 orang daripada 202 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Pulau Pinang dan kesemua mangsa telah berjaya pulang ke kediaman masing-masing pada 21 September lalu.
-ZS-