Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

NADI Bantu Komuniti Akses Internet

By 26 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor/Husney Hamid (Manjung)

SITIAWAN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) bersama komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sitiawan Barat telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Koh, di sini semalam.

Mohd Hafidz menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Menurut Pengerusi KRT Sitiawan Barat Haji Mohd Hafidz Hassan, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai fungsi NADI.

“Saya berharap program ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua dengan berkunjung ke NADI Kampung Koh khususnya bagi mendapatkan kemudahan internet yang disediakan,” katanya ketika berucap.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga dalam kehidupan seharian.

Bahan penerbitan turut diedarkan kepada penduduk Kampung Koh yang hadir.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Manjung dan NADI Kampung Koh dengan kerjasama Pejabat Perpaduan itu menyediakan pelbagai pengisian menarik sepanjang program antaranya sukaneka, kuiz kenegaraan, taklimat NADI dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda