
Laporan/foto: Shahrina Abd Samad/Media RELA
BUKIT SELAMBAU, 8 Okt 2024 (MalaysiaAktif) – Kejohanan Ujian Kemahiran Menembak RELA Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah membuka tirainya secara rasmi, semalam.

Datuk Hj. Abdul Halim Bin Hj. Abdul Rahman, TKSU (Keselamatan), KDN
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Abdul Halim Bin Hj. Abdul Rahman, melalui program tersebut, pegawai dan anggota RELA diharap dapat meningkat kecekapan dalam mengendalikan senjata api.
“Usaha yang dipupuk hasil daripada penyertaan pegawai dan anggota RELA semasa kejohanan ini akan dapat diterapkan dalam penugasan, mengasah bakat, dan meningkatkan kecekapan kemahiran pengendalian senjata api”, jelas beliau ketika merasmikan program tersebut di Lapang Sasar Pusat Latihan RELA Wilayah Utara, Bukit Selambau, Kedah.

Tabik hormat oleh PgR Mohd Asby bin Abdullah, PP Baris kepada TKSU (Keselamatan), KDN
Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah RELA, Datuk KPjR Yahya Bin Sulaiman, berkata, kejohanan ini bermatlamat untuk memastikan kesiapsiagaan RELA pada tahap yang terbaik.
“Penganjuran kejohanan kali ini bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan, menguji tahap kecekapan dalam pengendalian senjata, seterusnya memastikan tahap kesiapsiagaan RELA”, ujar beliau.
Kejohanan tahunan yang berlangsung bermula 7 Oktober 2024 hingga 12 Oktober 2024 ini mempertandingkan pelbagai acara menembak yang dianjurkan secara berperingkat di daerah, negeri dan pusat latihan.
Hampir 700 orang peserta menembak mewakili 19 kontinjen Ibu Pejabat RELA, RELA Negeri, dan Pusat Latihan RELA seluruh Malaysia hadir menyertai kejohanan tersebut.
-HS-