Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerjasama Awam Senjata Utama Benteras Pemerdagangan Manusia

By 8 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Md Suhaimi/Izzuddin Barahim

NIBONG TEBAL, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Kesedaran mengenai bahaya aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran terus dipertingkatkan melalui Kempen Hindari Aktiviti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran yang berlangsung di Pasar Awam Taman Berjaya, hari ini.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Mohd Norazmi Bad Ghapar

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai ancaman aktiviti jenayah tersebut yang semakin berleluasa di rantau ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Mohd Norazmi Bad Ghapar dalam taklimatnya menegaskan pentingnya kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah ini.

“Kesedaran awam merupakan senjata paling ampuh dalam mencegah aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, di mana masyarakat harus peka dan segera melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan,” ujarnya.

Bahan penerbitan berkaitan kempen turut diedarkan kepada pengunjung yang hadir ke Pasar Awam Taman Berjaya

Sementara itu, seorang peniaga di pasar tersebut, Kong Choon Seong, 42, berkata kempen ini membuka mata tentang bagaimana pemerdagangan manusia boleh berlaku tanpa kita sedari, dan betapa pentingnya kita peka dengan persekitaran kita.

Kempen ini diharapkan dapat memberi impak besar dalam meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuhkan usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia di negara kita.

-AA-

Tinggalkan komen anda