Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Komuniti MADANI Rakan Strategik Salur Maklumat Sahih ke Akar Umbi

By 14 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI kini menjadi Rakan Strategik Jabatan Penerangan (JaPen) bagi menyampai dan menyalurkan maklumat sahih kerajaan ke peringkat akar umbi.

Kepimpinan Komuniti MADANI Negeri Melaka mendengar amanat Erwin.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Erwin Khairul Ahmad, JaPen memandang penting peranan Komuniti MADANI dalam membantu pihak kerajaan untuk menyebarkan maklumat.

“Kemampuan JaPen agak terbatas dengan pelbagai kekangan untuk sampai ke peringkat akar umbi, justeru rakan strategik JaPen melalui Komuniti MADANI mampu bersama membantu menyebarkan berita sahih kepada umum.

“Sukarelawan Komuniti MADANI ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan yang mana tujuan penubuhannya adalah sebagai jentera penggerak dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat di peringkat akar umbi. Dengan kaedah ini dan komitmen daripada Komuniti MADANI kami percaya maklumat sahih berkaitan dasar dan program kerajaan dapat disebar luas kepada masyarakat,” ujarnya di Majlis Penyampaian Watikah 84 Komuniti MADANI Negeri Melaka, di sini semalam.

Erwin ketika memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Program diadakan sebagai tanda apresiasi dan terima kasih JaPen kepada Komuniti MADANI yang telah banyak memainkan peranan penting membantu JaPen untuk menyebarluaskan dasar dan program kerajaan kepada masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda