
Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah (Sabah)
PUTATAN, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 1,500 masyarakat sekitar memeriahkan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Putatan.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya, berkata pihak penganjur menyasarkan hanya seribu penyertaan namun jumlah tersebut meningkat dan mendapat sambutan melebihi jangkaan awal.

2. Shahelmey (dua dari kanan) ketika perasmian HSN 2024 Daerah Putatan.
“Saya amat berbangga melihat penyertaan kanak-kanak sehinggalah golongan veteran dan beberapa orang kurang upaya (OKU) yang turut tidak melepaskan peluang bagi mengikuti program HSN 2024 Peringkat Daerah Putatan.
“Penglibatan yang sangat memberangsangkan ini menunjukkan respon positif daripada masyarakat khususnya di Putatan dalam membudayakan aktiviti sukan untuk menjaga kesihatan sebagai gaya hidup mereka,” katanya.
Shahelmey berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan acara HSN 2024 peringkat daerah Putatan di perkarangan Dewan Sri Putatan pada Ahad.

Shahelmey melepaskan peserta ‘fun bike’ dan ‘fun run’.
“Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memastikan program HSN 2024 peringkat daerah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
“Semoga dengan penganjuran program sebegini akan dapat memberi manfaat dengan memupuk budaya sihat dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Program-program yang dilaksanakan antaranya fun ride, fun run dan fun walk sejurus perasmian HSN 2024.
-ZS-