Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Data Hackathon Polycc 2024 Insights Exploration Lahir Pelajar Kreatif dan Kritis

By 25 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain/Albaihaki Awang (Politeknik Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 87 pasukan dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia bertanding dalam Program Data Hackathon POLYCC 2024 anjuran Politeknik Kuala Terengganu (PKT) dengan kerjasama Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), di sini kelmarin.

Ketua Juri Data Hackathon POLYCC 2024 Mohamad Shukor Talib, berkata Data Hackathon ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka pendigitalan teknologi dan memupuk budaya inovasi serta kerjasama dalam pasukan.

Politeknik Sultanah Bahiyah dinobatkan sebagai juara Data Hackathon POLYCC 2024.

“Sesi pitching yang diadakan menguji kemahiran peserta untuk mempamerkan kebolehan dan potensi diri dalam melontarkan idea,” ujarnya.

Bagi peserta dari Politeknik Kuala Terengganu Nurulain Liyana Hazlisham, berkata beliau sangat teruja kerana ini adalah pengalaman pertama turut serta dalam program Data Hackathon.

“Program ini memberi cabaran kepada saya dan rakan-rakan kerana kami diberikan permasalahan sebenar ‘real case studies’ dan perlu memberikan idea atau penyelesaian yang terbaik menggunakan aplikasi Data Analytics.

“Justeru, kemahiran dan penguasaan sains data amat diperlukan untuk menghasilkan jawapan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di TD1303, di sini kelmarin.

Johan program Data Hackathon POLYCC 2024 menjadi milik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.

Rumzi Mamat (empat dari kanan), bergambar bersama barisan juri Data Hackathon POLYCC 2024.

Manakala, naib johan dimenangi oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan membawa pulang RM500 dan tempat ke tiga milik Politeknik Kuala Terengganu membawa pulang RM300.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh A.Azman Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), JPPKK dalam Majlis Perasmian Penutup Program Data Hackathon POLYCC 2024.

Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada rakan kolaborasi PKT iaitu Applied Industrial Analytics Research Group, Universiti Teknologi Malaysia dan Terengganu Digital 1303 (TD1303).

-ZS-

Tinggalkan komen anda