
Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim/Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Kemaman)
KEMAMAN, 13 Jan (Malaysiaaktif) ā Hujan lebat disertai dengan ombak kuat kelmarin telah menyebabkan kerosakan teruk pada beberapa rumah di pesisir pantai Kampung Geliga Pantai.

Pasir pantai memenuhi ruang tamu selepas dibawa oleh air pasang besarĀ danĀ ombakĀ kuat
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman, sebanyak tujuh keluarga yang melibatkan seramai 24 orang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di balai raya Kampung Geliga Pantai.

Muhammad Shameer berkata ombak kali ini sangat tinggi sehingga menyebabkan bumbung rosak teruk di bahagian tersebut, serta pelbagai jenisĀ kerosakanĀ lain
Seorang mangsa Muhammad Shameer Talib, 33, yang bekerja sebagai kelindan bot, menceritakan situasi tersebut bahawa ombak kali ini sangat tinggi sehingga menyebabkan bumbung rumah rosak teruk dan pelbagai kerosakan lain berlaku.
“Keadaan semakin buruk apabila air pasang semalam mencecah ketinggian 3.5 meter, menyebabkan ruang tamu rumah dipenuhi pasir pantai dan menjadikan kediaman tersebut tidak lagi selamat untuk didiami.
“Hakisan besar di bahagian hadapan rumah turut menjadi ancaman besar,” katanya.
Muhammad Shameer turut memberitahu bahawa dia dan isteri kini berlindung di rumah mertua di Kampung Chendor yang terletak di sempadan Terengganu dan Pahang.
Beliau turut memohon bantuan daripada pihak kerajaan untuk membina benteng pemecah ombak bagi melindungi rumah-rumah di kawasan tersebut agar tidak menghadapi nasibĀ yangĀ sama.
-AA-