Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Menteri Besar Johor Santuni Mangsa Banjir di Daerah Kota Tinggi

By 13 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Al-Tarmizi Azmi

KOTA TINGGI, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang melanda daerah Kota Tinggi pada 10 Januari lalu telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan. Sehingga 2:00 petang kelmarin, 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 1,174 mangsa banjir dari 361 keluarga.

Beliau turut menyaksikan pelbagai aktiviti yang disediakan kepada kanak-kanak mangsa banjir

Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi telah melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dan diberi taklimat mengenai Projek Tebatan Banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta status jalan perhubungan daerah oleh Jabatan Kerja Raya.

Menteri Besar Johor beramah mesra dengan mangsa banjir

“Saya ingin projek ini dipercepat untuk siap pada tahun 2026, satu tahun lebih awal daripada tarikh jangka siap dengan menambah bilangan pekerja. Ini adalah untuk memastikan impak banjir di daerah Kota Tinggi lebih rendah berbanding sebelum ini,” ujar beliau.

Beliau menyeru seluruh Bangsa Johor untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan pengurusan banjir di negeri ini berjalan lancar.

Selain meninjau keadaan PPS di Sekolah Kebangsaan Dato’ Usman Awang, Sekolah Kebangsaan Laksamana dan Sekolah Rendah Agama Bandar Kota Tinggi, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Sehingga kini, hampir 245 petugas daripada pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Bencana Daerah telah menjalankan tugasan sepanjang banjir ini. Situasi semasa dilaporkan masih terkawal.

-AA-

Tinggalkan komen anda