Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Jualan Rahmah Bergerak Tarik Minat Penduduk Hulu Terengganu

By 17 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz

HULU TERENGGANU, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah Bergerak yang diadakan di Dataran Perkedaian MDHT, Kampung Langgar, Kuala Berang, di sini telah menarik perhatian lebih 200 penduduk setempat.

Mereka mula membanjiri lokasi tersebut seawal pukul 7.00 pagi tadi bagi memanfaatkan peluang mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan dengan harga diskaun menarik antara 10 hingga 30 peratus.

Pelbagai jenis barangan keperluan dijual pada harga diskaun antara 10 hingga 30 peratus.

Antara barangan yang dijual termasuk ayam, ikan, telur ayam, sayur-sayuran serta pelbagai keperluan harian lainnya.

Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.

Penjual daging lembu tempatan Shahrul, 27, berkata jualan ini sangat membantu penduduk setempat untuk memperoleh barangan keperluan pada harga yang lebih berpatutan.

Penduduk berpeluang membeli daging segar tempatan pada harga yang lebih murah.

“Saya melihat sambutan yang sangat baik daripada penduduk, terutama pada musim yang memerlukan mereka berjimat cermat,” katanya.

Program Jualan Rahmah Bergerak ini mendapat sambutan hangat dan dijangka akan diteruskan di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda