
Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim/Ahmad Idham Abd Hamid (Kuala Lumpur)
PUTRAJAYA, 21 Jul (MalaysiaAktif) – Suasana di Putrajaya awal pagi semalam bertukar gamat apabila lebih 5,000 peminat bola sepak membanjiri lokasi tayangan skrin besar bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Rakan Muda itu berjaya menghimpunkan peminat bola sepak daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyaksikan kemuncak kejohanan bola sepak paling berprestij dunia.

Warga Putrajaya membanjiri Dataran Putrajaya untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Penganjuran program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman menyaksikan perlawanan secara beramai-ramai malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti.
Sorakan dan tepukan gemuruh jelas kedengaran sepanjang perlawanan apabila para penyokong memberikan sokongan padu kepada pasukan pilihan masing-masing sekali gus mewujudkan suasana yang meriah dan harmoni.
Program ini mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama rakan strategik dalam menyediakan aktiviti rekreasi berimpak tinggi yang menggalakkan gaya hidup aktif serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
-RI




