Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Ibu Bapa Lega Terima BAP

By 17 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Jan (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid nyata memberi kelegaan kepada para ibu bapa.

Dr. Rusmini (berdiri tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima BAP di Labuan

Seorang ibu yang ditemui, Jamiah Sarin, 35, menzahirkan kegembiraan apabila dua orang anaknya menerima BAP.

Jamiah Sarin (kanan) bersama anaknya

“Saya sangat gembira kerana bantuan ini dapat membantu perbelanjaan untuk membeli keperluan sekolah anak-anak dan saya harap BAP diteruskan untuk membantu ibu bapa khasnya golongan B40,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 di sini pagi tadi.

Bagi seorang bapa yang ditemui Yusdi Usop, 40, bersyukur dengan bantuan yang diterima anaknya.

“Saya sangat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan kerana menyalurkan BAP yang membantu meringankan beban kami dalam membeli kelengkapan sekolah anak dan saya harap bantuan ini perlu diteruskan atau ditingkatkan dari masa ke masa,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar Dan Kurikulum) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Rusmini Ku Ahmad, berkata sebanyak RM2,626,950.00 diperuntukkan untuk semua murid-murid sekolah di pulau itu.

“Sebanyak RM2,626,950.00 diperuntukkan untuk semua murid warganegara dalam negeri ini dan memberi manfaat kepada 17,513 murid di 28 sekolah di negeri ini.

“Saya menyeru ibu bapa atau penjaga dan murid yang menerima manfaat BAP 2025 untuk meningkatkan motivasi murid agar terus membina kecemerlangan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Abidin Marjan.

-AA-

Tinggalkan komen anda