Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Uncle Chuan Punya Aura Persis Pempengaruh

By 26 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.

Ianya membawa maksud perbuatan baik yang dilakukan seseorang akan disebut baik manakala perbuatan yang jahat akan disebut jahat.

Tan Silk Foo, 71, atau dikenali sebagi Uncle Chuan dan pasangannya Chor Swee Kee, 65, yang menjalankan perniagaan sejak berpuluh tahun lalu sentiasa diingati oleh para pelanggannya kerana sikap dan tutur kata yang baik dan sering tersenyum.

Walaupun hanyalah individu biasa, tiada nama mahupun pangkat, namun auranya yang bagaikan seorang pempengaruh, menyebabkannya mempunyai ramai pelanggan dan warganet menyukainya.

Uncle Chuan sempat membuat ‘cinta mini’ untuk para peminatnya.

Wartawan Malaysia Aktif semalam sempat bertemunya yang sedang sibuk melayan pelanggan dengan baik dan sangat ramah.

“Setiap pagi, saya membuka kedai yang terletak bersebelahan Zon Ria Pekan Kangar dengan menjual pelbagai pakaian termasuk beg dan pakaian seragam sekolah,” katanya.

Melihat sebuah hantaran foto di salah satu platform media sosial, menerusi hantaran maklum balas para pelanggannya, ribuan netizen memberi simbol cinta yang bermaksud suka.

Tidak kurang juga beratus-ratus komen menyatakan sangat senang berurusan dengan sikap Uncle Chuan yang mesra melayan pelanggan, berbudi bahasa dan juga tidak lekang dengan senyuman.

“Uncle baik orangnya, cakap pun lemah lembut dan baik bahasanya,” ujar salah seorang pekerjanya Ernie Afarisha, 17.

Seorang lagi pekerjanya Nur Farhana Hanim, 16, turut mengesahkan komen-komen di media sosial bahawa Uncle Chuan adalah seorang individu yang bercakap dengan baik kepada semua pelanggannya.

-ZS-

#cakapbaik-baik

Tinggalkan komen anda