
Laporan/Foto: Syahrulizan Madian (Sarawak)
MUKAH, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jom Berkhatan Musim Cuti Sekolah anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Kampung Kuala Lama Mukah dan Pusat Khidmat Parlimen Mukah telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kampung Kuala Lama di sini dengan melibatkan seramai 55 peserta.

Antara peserta yang terlibat dalam Program Jom Berkhatan Musim Cuti Sekolah di Dewan Kampung Kuala Lama di sini kemarin.
Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan acara semburan air kepada para peserta yang disempurnakan oleh Almalhakim Norshidi, mewakili Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia,
Dato Hanifah Hajar Taib,
Salah satu acara yang menarik perhatian adalah perarakan peserta berkhatan yang dihantar menggunakan ‘Kereta Api Mini’ ke Hospital Mukah, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Dewan Kampung Kuala Lama.
Mohammad Izwan Nazahar, 40 tahun, yang ditemui kemarin bersama anak beliau, Izz Ziqrie , 12 Tahun, berkata beliau brasa teruja dan bersyukur kerana dapat terlibat dalam program tersebut.
“Ini adalah pengalaman yang sangat bermakna bagi keluarga kami dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini,” kata Mohammad Izwan.

Mohammad Izwan bersama anak beliau, Izz Ziqrie di program Jom Berkhatan Musim Cuti Sekolah di sini kemarin.
Program tersebut merupakan julung kali diadakan di Kampung Kuala Lama di sini dan telah mendapat sambutan yang sangat positif dari penduduk setempat.
Kejayaan program tersebut menunjukkan semangat perpaduan dan kerjasama yang kukuh antara masyarakat setempat dan pihak penganjur dalam memajukan lagi kampung serta membantu keluarga yang memerlukan.
-RJ-