Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Berkhatan Anjuran JKKK Haji Baki Bersama JBPM

By 27 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ Foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 27 Jan (MalaysiaAktif) : Bersempena cuti sekolah yang panjang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Haji Baki, Kota Sentosa, dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), telah menganjurkan program berkhatan beramai-ramai di sini semalam.

Program kali keempat tersebut, mendapat penyertaan daripada 21 kanak-kanak berumur lingkungan sebelas tahun hingga tiga belas tahun, turut terbuka kepada kanak-kanak pelbagai bangsa yang tinggal sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Le Wilkinson (tengah) menemani anaknya Gann Marconnal (kiri) dan anak buahnya Patrick Xavier (kanan) di program berkhatan semalam.

Mengetahui mengenai program tersebut melalui media sosial, Le Wilkinson, 38 tahun, yang bekerja sendiri, berbangsa Bidayuh-Iban, tidak ketinggalan mendaftarkan anak dan anak buahnya menyertai program berkhatan tersebut.

Menurut Le Wilkinson, berkhatan banyak manfaatnya dari segi kesihatan dan kebersihan. Seharusnya ia diterapkan kepada semua bangsa dan agama, tidak hanya kepada Melayu sahaja.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda