Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Musleh Futsal Championship: Satukan Masyarakat Melalui Sukan

By 27 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : AgKu Marzuki Bin Ag Latip/Mohd Maqdi Bin Salleh (Tawau)

TAWAU, 27 Jan (MalaysiaAktif) -Kejohanan Musleh Futsal Championship (MFC) bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk mempamerkan bakat, tetapi juga berfungsi sebagai platform yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, acara ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna, tetapi juga peluang kepada golongan muda untuk berkumpul dan berinteraksi tanpa mengira latar belakang politik atau sosial.

Musleh menyerahkan cenderahati kepada Dr. Joachim sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan perasmian MFC di FAMS Futsal, di sini kemarin .

“Kejohanan ini memberi peluang kepada anak muda untuk menunjukkan bakat, selain menjadi platform penyatuan melalui sukan futsal. Saya amat gembira melihat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Selain itu, kejohanan MFC ini akan menjadi medium yang terus berkembang dalam memperkukuhkan ikatan sosial di negeri Sabah.

“Keberadaan pasukan-pasukan yang berentap dalam pelbagai perlawanan menunjukkan betapa tinggi minat dan semangat kesukanan dalam kalangan belia, sekaligus menjadikan MFC sebuah acara yang sangat dinanti-nantikan,” katanya ketika merasmikan kejohanan MFC di FAMS Futsal Simpang 5 Sin Onn, Tawau pada kemarin.

Beliau turut menyampaikan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini dan berharap lebih banyak acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

“Kejohanan ini dijangka menjadi platform yang terus berkembang dalam memperkukuhkan ikatan sosial melalui sukan futsal di Negeri Sabah.

Dr. Joachim ketika menyempurnakan gimik perasmian kejohanan MFC di sini kemarin.

“Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan generasi muda serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam komuniti,” ujarnya.

Untuk makluman, sebanyak 32 pasukan dari seluruh Sabah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 25 hingga 26 Januari 2025.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda