
Laporan/foto: Julia Chua / Joseph Laga (Sarawak)
SONG, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Salah satu tempat tarikan yang wajib dikunjungi apabila datang ke Song, Kapit ialah Tugu Pahlawan Bujang Berani yang berada tengah-tengah Pekan Song di sini.
Kedudukannya yang berada tebingan sungai menambahkan lagi keindahan semulajadi menjadikan ianya lokasi popular untuk pengunjung mengabdikan gambar kenangan.
Menurut Jampong Balong, 59 tahun, senarai nama pejuang kaum Iban yang terlibat dalam tragedi perperangan mempertahankan daerah Song dari ancaman luar suatu ketika dahulu telah diabadikan di tugu peringatan Bujang Berani untuk memperingati jasa mereka dan untuk tatapan genarasi akan datang.

Jampong berterima kasih kepada pejuang kaum Iban yang berjuang mempertahankan daerah Song ketika itu.
“Saya sangat kagum dan berterima kasih kepada pejuang kaum Iban yang sangat berani mempertaruhkan nyawa menjaga keamanan pada ketika itu walaupun ada di antara mereka yang terkorban namun musuh dapat ditumpaskan dengan jayanya” katanya lagi.

Nyalu Timban turut teruja apabila Tugu Pahlawan Bujang Berani didirikan di Pekan Song.
Turut merasakan rasa teruja Nyalu Timban, 39 tahun, yang berkata sejak Tugu Pahlawan Bujang Berani didirikan, Pekan Song telah berubah wajah dengan suasana yang lebih ceria dan meriah.
“Pengunjung luar yang datang setiap hari untuk berkunjung ke sini telah merancakan lagi industri pelancongan tempatan sekaligus meningkatkan ekonomi peniaga di sini,” katanya semalam.
-RJ-