Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Rasmi Hospital UTAR

By 20 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorhayati Ab Aziz/Muhammad Nashran (Kampar)

KAMPAR, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, semalam sempena sambutan ulang tahun yang ke tiga sejak mula beroperasi pada April 2022.

Menurut Pengerusi Lembaga Hospital UTAR Emeritus Prof Tan Sri Dr. Chuah Hean Teik, hospital ini ditubuhkan dengan sokongan Lembaga Pengelola Amanah Yayasan Pendidikan UTAR serta sumbangan daripada dermawan dan masyarakat.

Sultan Nazrin berkenan membuat lawatan ke Klinik Pakar dan Unit Hemodialisis Hospital UTAR.

“Hospital UTAR akan terus memastikan bahawa setiap individu tanpa mengira latar belakang mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang terbaik.

“Visi ini menjadi kenyataan pada April 2022 dengan pembukaan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM Centre) diikuti dengan pembukaan Pusat Pakar Perubatan Moden pada Ogos 2023 sekaligus menjadikan hospital ini sebagai pusat perkhidmatan yang menyeluruh dan holistik dengan mengintegrasikan perubatan moden dan tradisional dalam satu lokasi,” katanya ketika berucap.

Hospital yang terletak dalam dalam Kampus UTAR itu menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh merangkumi dialisis buah pinggang, makmal, perkhidmatan perubatan kecemasan 24 jam, pembedahan harian dan banyak lagi.

Jelasnya lagi, Hospital UTAR juga bekerjasama dengan pelbagai badan pembiayaan seperti PERKESO, Jabatan Perkkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk Program Hemodialisis serta saringan kesihatan bersubsidi.

Dr. Chuah ketika berucap.

“Semua ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan berkualiti bukan sahaja kepada penduduk Kampar malah seluruh kawasan Perak.

“Saya berharap agar Hospital UTAR dapat memperkenalkan disiplin perubatan moden baharu seperti Pakar Kardiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi (ENT), Bedah Saraf dan Nuklear, Perubatan Transfusi serta Onkologi untuk mempelbagaikan lagi rawatan yang ditawarkan kepada pesakit pada masa hadapan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda