Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Perpustakaan Awam Johor Jalin Kerjasama dengan UiTM

By 21 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/Perbadanan Perpustakaan Awam Johor 

JOHOR BAHRU, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Perbadanan Perpustakaan Awam Johor bakal melaksanakan transformasi persekitaran bagi memberikan pengalaman perpustakaan yang lebih selesa, terbuka dan kondusif.

“Kerjasama antara Perpustakaan Awam Johor dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor yang telah dimeterai hari ini bakal mendapat limpahan yang berguna untuk rakyat Johor.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di Perpustakaan Awam Johor, semalam.

“Dengan perjanjian ini, secara tidak langsung akan memperkasakan lanskap pembudayaan ilmu dan menggalakkan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda,” katanya Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan negeri Aznan Tamin.

Aznan berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di Perpustakaan Awam Johor, di sini semalam.

Menurutnya lagi, melalui Belanjawan Johor 2025, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk menaik taraf perpustakaan awam di Johor Bahru dan Pontian bagi memberikan suasana perpustakaan yang lebih santai dan sistematik.

“Diharap penganjuran Program Perkongsian Buku, Sesi Diskusi Buku, Wacana Awam dan Pendigitalan Koleksi Johor budaya membaca dapat diterapkan dengan lebih konklusif sepanjang masa,” katanya.

Turut hadir Rektor UiTM Cawangan Johor Prof. Madya Dr. Saunah Zainon.

-ZS-

Tinggalkan komen anda