Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bantuan Khas Kewangan Ringankan Beban Penjawat Awam

By 26 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Maznah Ngah

KUALA TERENGGANU, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Jualan Rahmah Bergerak yang berlangsung di  letak kenderaan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu, di sini hari ini mendapat sambutan luar biasa daripada penjawat awam yang mengambil peluang membeli barangan keperluan bagi persiapan menyambut Ramadan.

Penjawat awam mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan bagi persiapan Ramadan di Jualan Rahmah Bergerak, yang menawarkan pelbagai produk pada harga yang berpatutan.

Penjawat awam Rosnita Endut, 42, berkata jualan ini sangat membantu dalam menguruskan perbelanjaan keluarganya.

“Harga memang murah dan berpatutan. Ini memang rezeki sebelum Ramadan.

“Dengan harga barangan yang berpatutan, ramai yang memanfaatkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 yang diterima kelmarin untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih jimat,” katanya ketika ditemu bual Malaysiaaktif.

Menurutnya, inisiatif Jualan Rahmah Bergerak ini bukan sahaja meringankan beban kewangan penjawat awam, malah memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga lebih rendah.

Rosnita (berbaju kurung hitam) berkata jualan ini sangat membantu dalam menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Suasana semakin meriah dengan kehadiran orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati tawaran istimewa yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan dijangka berakhir pada 2.30 petang ini sekali gus memberi peluang kepada penjawat awam untuk membeli barangan keperluan pada harga berpatutan sepanjang tempoh tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda