Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

30 Asnaf, Lapan Kakitangan Mydin Dirai

By 13 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)

PARIT BUNTAR, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 30 orang anak-anak yatim dari kawasan Parit Buntar dan lapan kakitangan Pasar Raya Mydin dirai dengan menerima sumbangan kelengkapan pakaian raya sempena Majlis Iftar Ramadan Perdana yang berlangsung di Perkarangan Mydin Parit Buntar, di sini kelmarin.

Salah seorang pekerja rangkaian pemborong dan peruncit itu Mohd Ridzuan, 24, melahirkan rasa gembira dan dihargai oleh majikan kerana selaku penerima sumbangan raya, berkata penghargaan sebegini sangat menyentuh jiwa dan patut dicontohi oleh seluruh majikan di luar sana.

Dr. Mujahid menyantuni anak-anak yatim memilih kelengkapan sumbangan.

Menurut Pengurus Cawangan Mydin Parit Buntar Muhammad Nazri Abdul Latif, 12 orang pelajar asnaf daripada Sekolah Kebangsaan Convent Aulong, Taiping, turut menerima sumbangan bakul makanan raya sebagai tanda keprihatinan Mydin terhadap golongan yang memerlukan.

“Keistimewaan majlis iftar kali ini turut melibatkan pemberian sumbangan raya kepada lapan orang kakitangan Mydin yang kurang berkemampuan bagi membuktikan bahawa pihak syarikat mengambil berat terhadap kebajikan pekerja mereka selari dengan nilai kebersamaan dan kasih sayang yang ditekankan dalam bulan Ramadan.

“Mydin Parit Buntar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dan semoga usaha murni ini diteruskan dan Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua,” ujarnya.

Antara ketua-ketua jabatan sekitar Daerah Kerian yang hadir.

Ahli Dewan Negara Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa turut menyokong penganjuran program sebegini kerana dapat memberi contoh yang mulia buat sektor swasta untuk memberikan perkhidmatan sosial dan kebajikan kembali kepada masyarakat setempat.

Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar Perak Nakhaei Abdul Wahab, Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara Datuk Dr. Saduruddin Gulam Husen serta isteri Datin Gulbanu Sultanali dan Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara Azmin Datuk Dr. Saduruddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda