Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Melaka Berjaya Meningkatkan Pelaburan 2024 kepada RM8.18 Bilion

By 19 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisya Farnoh

AYER KEROH, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Melaka berjaya merekodkan kemasukan pelaburan berjumlah RM8.18 bilion pada tahun lepas.

Ucapan Ketua Menteri Melaka

Nilai ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.2 bilion berbanding tahun 2023.

Kehadiran penjawat awam dalam program tersebut

Menurut Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh, hakikatnya, jika ingin diceritakan satu persatu sepanjang tempoh dua tahun tersebut, memang terlalu banyak pencapaian yang membanggakan.

“Namun, saya tidak mahu ia terhenti di situ, saya perlukan kerjasama yang berterusan untuk merangkul lebih banyak pencapaian khususnya dalam menyantuni kebajikan rakyat.

“Pastinya, kejayaan ini bukanlah kejayaan saya secara sendirian, malah ia dilakar dengan usaha-usaha semua barisan kepimpinan kerajaan negeri meliputi semua penjawat awam dan entiti Government Link Company (GLC).

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh penjawat awam negeri Melaka, Persekutuan, GLC dengan kerjasama swasta, NGO serta lain-lain badan atas sokongan yang diberikan, khususnya kepada Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan saya,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan Mac 2025, bertempat di Grand Ballroom Pusat Dagangan Antarababgsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, disini, semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda