Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bantuan Pek Makanan Ramadan Ceriakan Ibu Tunggal

By 20 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azree Zaki/Norhanum Mohamed (Raub)

RAUB, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Bantuan pek makanan Ramadan yang diedarkan semasa program JIWA@Komuniti MADANI Simpang Kallang membawa keceriaan kepada para penerima yang terdiri daripada ibu tunggal.

Fatimah salah seorang penerima bantuan ketika ditemu bual.

Salah seorang penerima bantuan Fatimah Awang, 64, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Komuniti MADANI Simpang Kallang atas bantuan yang diberikan kepadanya yang merupakan seorang ibu tunggal dan warga emas.

“Bantuan pek makanan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya menjimatkan wang belanja dapur,” ujarnya.

Penyampaian bantuan pek makanan merupakan salah satu pengisian dalam Program JIWA@Komuniti MADANI yang diadakan di Balai Raya Taman Simpang Kallang, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Simpang Kallang Shahrudin Idrus, program ini merupakan sesi libat urus antara Pejabat Penerangan Daerah dan Komuniti MADANI Simpang Kallang dalam menyantuni masyarakat setempat.

Saripah salah seorang hadirin ketika ditemu bual.

“Program ini juga bertujuan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat dan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan serta menyampaikan pelbagai dasar terkini kerajaan kepada komuniti setempat,” katanya ketika berucap di program berkenaan.

Salah seorang hadirin Saripah Syed Mohd Noh, 56, berkata beliau senang hati dengan pelaksanaan program sebegini kerana komuniti setempat dapat menghayati dan lebih memahami tentang dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan MADANI.

“Taklimat berkaitan ‘Jenayah Scammer’ memberikan peringatan kepada saya supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan oleh orang yang tidak dikenali,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda