
Laporan/foto: Mohd Fauzi (Tampin)
GEMAS, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Pemimpin masyarakat di Negeri Sembilan diseru memanfaatkan portal dan aplikasi N9.Digital yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai memohon bantuan serta insentif Kerajaan Negeri.

Penyelaras DUN Gemas menyampaikan sumbangan kecerian warga emas.
Penyelaras DUN Gemas Muhamad Firdaus Rustam, berkata masih ramai yang tidak memohon pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.
“Saya berharap pemimpin masyarakat menyalurkan maklumat ini dan membantu mereka ini untuk membuat pendaftaran secara dalam talian di platform n9.Digital.
Muhamad Firdaus berkata demikian di Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Taman Sentosa di Surau Taman Sentosa, di sini kelmarin.
Pada majlis tersebut Muhamad Firdaus turut menyampaikan sumbangan keceriaan warga emas kepada 35 warga emas berumur 70 tahun ke atas.
Turut hadir Pegawai Penerangan Tampin Rozaimi Herman Zakaria, Pengerusi Komuniti MADANI Taman Sentosa Raduan Abd Hamid dan Pengerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sentosa Mursyid Mazlan.

Majlis berbuka puasa bersama warga Taman Sentosa.
Rozaimi ketika berucap menyeru masyarakat supaya memeriksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarkan.
“Sebarang maklumat perlu disemak terlebih dahulu melalui AIFA Chatbot atau sebenarnya.my.
“Jika masih tidak pasti kesahihan maka jangan kongsi,” tegasnya.
Katanya lagi, Jabatan Penerangan dan Komuniti MADANI akan bertindak sebagai lidah kerajaan menyampaikan dasar dan maklumat yang tepat dan sahih.
-ZS-