Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Pahang Lantik Setiausaha Kerajaan Negeri Baharu

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 11 Apr (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Surat Cara Pengisytiharan Pelantikan dan Ikrar Taat Setia Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang berlangsung di Istana Sultan Abdulaziz, di sini kelmarin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Nazri Abu Bakar ketika melafazkan Ikrar Taat Setia.

Dalam majlis tersebut Datuk Indera Nazri Abu Bakar telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu berkuatkuasa 8 April 2025.

Surat pelantikan berkenaan telah diserahkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya, manakala Datuk Haji Fadzilla Salleh telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang menggantikan Dato’ Indera Nazri.

Dato’ Indera Nazri sebelum ini merupakan Pegawai Kewangan Negeri Pahang menggantikan Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob yang bersara wajib setelah berkhidmat selama 36 tahun.

Haji Fadzilla Salleh turut melafaz Ikrar Taat Setia sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Majlis yang berlangsung secara tertutup turut dihadiri oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan ini adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan, dedikasi dan integriti yang telah Nazri tunjukkan terutamanya sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan negeri sebelum ini,” kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi catatannya di Facebook.

-ZS-

Tinggalkan komen anda