Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

100 Peserta Hadir Memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Eleannor Bedai Tinggom / Nicholas Jenaka

KANOWIT, 11 Apr (MalaysiaAktif) – Seramai 100 orang peserta yang hadir memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Sambutan Perayaan anjuran Komuniti MADANI Kampung Hilir dengan kerjasama Surau Darul Ihsan dan Jabatan Penerangan Daerah Kanowit di Kampung Hilir Kanowit.

Upacara pemotongan Kek Pulut Kuning oleh Penghulu Sulaiman dan Rinta Engkamat.

“Ia adalah hari untuk kita mengukuhkan hubungan bukan sahaja antara individu, tetapi seluruh lapisan masyarakat dan ia adalah asas kejayaan kita sebagai satu bangsa,satu masyarakat dan satu negara,” kata Ketua Komuniti MADANI Kampung Hilir, Penghulu Sulaiman Hassan, 61, semalam yang turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Kanowit, Rinta Engkamat.

Turut ditekankan semasa program berkenaan juga ialah agar orang ramai sentiasa berwaspada dengan jenayah siber yang menjadi kebimbangan masyarakat pada masa ini selain menggalakkan peserta yang hadir untuk memuat turun chatbot AIFA.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda