
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JIM Labuan
LABUAN, 11 Apr (MalaysiaAktif) – 19 warganegara asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi di satu penempatan di sini semalam.

Kesemua warganegara asing ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk tindakan lanjut.
Menurut Pengarah JIM Labuan Raymond Entalai kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“Hasil daripada maklumat awam dan risikan pasukan operasi telah bergerak ke penempatan warga asing tersebut dan memeriksa seramai 26 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan warganegara tempatan.
” Hasil pemeriksaan, seramai 19 orang warganegara asing yang terdiri daripada enam perempuan, dua lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam kanak-kanak lelaki warganegara Filipina telah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JIM akan terus bertindak tegas dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Jelasnya, kesemua warganegara asing tersebut ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk tindakan lanjut.
“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.
-ZS-