Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Slot Khas Komuniti MADANI Bersama NADI Niah Suai

By 3 hari yang lalu23 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Andi Kesai (Sarawak)

NIAH, 11 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Sungai Skrat telah melaksanakan Program Slot Khas Komuniti MADANI bersama NADI Niah Suai.

Pemeriksaan Ringkas Kesihatan antara aktiviti yang dijalankan semalam.

Dalam program tersebut, Ahli Komuniti MADANI Sungai Skrat berpeluang belajar cara penggunaan komputer yang amat berguna untuk menaiktaraf kehidupan dan ekonomi di samping memperkasakan diri dalam penggunaan ICT.

Menurut Pengurus NADI Niah Suai, Azrina Mohamad Mortaza, 26, berkata NADI Niah Suai akan sentiasa membantu penduduk sekitar kawasan Niah dan Suai dengan menawarkan perkhidmatan ICT , Kursus pendek dan lain-lain perkhidmatan untuk para penduduk yang berminat.

Martin Kijan teruja hadir bersama memberi sokonganprogram semalam.

Sementara itu, Ketua Komuniti MADANI Sungai Skrat, Martin Kijan, 65, secara peribadinya berpendapat, dia merasa teruja dan dapat merasai sendiri pengalaman mengunakan perkhidmatan dan kelengkapan di NADI Niah Suai.

“Peluang sebegini tidak harus di sia-siakan oleh sesiapa saja kerana ia nya memberikan banyak manfaat dari cara-cara mengunakan alat komputer untuk tujuan tertentu secara percuma,” katanya semalam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda