
Laporan/foto:Muhamad Azrul Hafiz/Muhaimin Musa
KUALA LUMPUR, 26 Apr (MalaysiaAktif) – My50 ialah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.
Dengan hanya membayar RM50 pengguna boleh menggunakan pengangkutan awam yang meliputi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL, Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Bas Rapid Transit (BRT), bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.

Infografik pas My50
Menurut Haziq Amir, 30, pas My50 membantunya mengurangkan perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja.
“Ia merupakan inisiatif yang sangat baik dan perlu diteruskan,” katanya.
Amir Tahir, 33. pula menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pejabat sebelum kerajaan memperkenalkan pas My50.
“Sejak kerajaan memperkenalkan pas My50 ini, saya menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama saya untuk ke tempat kerja kerana ia memberikan penjimatan yang besar,” katanya.
Bagi Ameerah Azham, 27, inisiatif kerajaan ini telah banyak memudahkannya.

Suasana sekitar stesen LRT.
“Pass My50 ini sangat memudahkan kerana pagi-pagi dalam suasana kelam kabut itu kita tidak perlu risau untuk tambah nilai sebab pas My50 ini tawarkan perjalanan tanpa had selama 30har,” katanya.
Rata-rata pengguna pengangkutan awam yang ditemu bual oleh Malaysia Aktif, di sini kelmarin berharap agar inisiatif kerajaan ini diteruskan kerana ia mampu menjimatkan perbelanjaan bagi golongan kurang berkemampuan dan menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.
-ZS-