Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Al-Quran dan Al-Sunnah Paksi Utama Suburkan Budaya Ilmu

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 3 Mei (MalaysiaAktif) – ā€œMenjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyuburkan budaya ilmu dan penghayatannya, dengan meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi utama dalam kehidupan masyarakat,ā€ titah Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 HijrahĀ  di Dewan 2020, Kangar, semalam.

Tuanku Raja Perlis menyampaikan hadiah kepada para pemenang

“Saya ingin mengajak kita semua untuk merenung dan bertanya, apakah kaedah pendidikan yang paling sesuai dan berkesan untuk memantapkan kefahaman al-Quran dalam kalanganĀ  masyakat kini,ā€ titah baginda.

Baginda juga mengingatkan bahawa Perlis ini telah sekian lama dikenali sebagai Negeri Ilmu.

Ini adalah satu gelaran yang amat membanggakan dan harus dipelihara.

Orang ramai yang hadir di majlis penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2025

“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyuburkan budaya ilmu dan penghayatannya, dengan meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi utama dalam kehidupan masyarakat. Ingatlah bahawa setiap kita adalah duta al-Quran yang wajib kita zahir dan semarakkan kepada dunia,ā€ titah baginda.

Raja Perlis turut mengingatkanĀ  bahawa setiap individu adalah duta al-Quran yang wajib kita zahir dan semarakkan kepada dunia.

Negeri Perlis telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat KebangsaanĀ  (MTHQK) Tahun 1446/2025 yangĀ  diadakan pada 27 April hingga 2 Mei 2025 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Turut berangkat hadir Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Ibni Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, YAB Mohd Shukri Ramli dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar Menteri Di Jabatan Perdana MenteriĀ  (Hal Ehwal Agama).

-AA-

Tinggalkan komen anda