Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Nabawan Kini Destinasi Berpotensi Tinggi, Tidak Lagi Terpencil

By 15 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan dan Foto: Mazlan Bakar (Nabawan)

NABAWAN, 4 Mei (MalaysiaAktif) – Penduduk luar bandar diseru agar merebut peluang untuk memajukan diri selaras dengan pembangunan pesat yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan, khususnya di daerah Nabawan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Nabawan yang dahulunya dianggap daerah terpencil kini menunjukkan perubahan ketara dari segi infrastruktur, ekonomi, sosial dan pendidikan hasil inisiatif kerajaan.

“Pembinaan jalan raya berturap dari Pagalungan ke pekan Pensiangan dan sehingga ke Kampung Bantul di sempadan Indonesia sejauh kira-kira 120 kilometer bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan,” jelasnya.

Arthur memalu gong sebagai simbolik pelancaran, diiringi Marshal  (kiri) dan  Bobbey  (kanan) kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, pada Jumaat.

Menurut Arthur, pembangunan turut merangkumi bidang pendidikan, termasuk pembinaan Pusat Tingkatan Enam di SMK Nabawan yang dijangka dapat meningkatkan tahap pendidikan masyarakat luar bandar.

Dalam aspek ekonomi pula, beliau menyentuh mengenai projek pembangunan industri kopi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat dan peluang pekerjaan kepada penduduk.

“Pembinaan kilang kopi di Sapulut berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil kopi dari kampung-kampung sekitar. Projek Coffeelive yang dirancang juga bakal menjadi tarikan pelancongan serta pusat pembelajaran tentang penanaman dan pemprosesan kopi,” katanya.

Bobbey menyerahkan hadiah kepada pemenang kategori Dazanak.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan yang menyaksikan Jennyviey William dinobatkan sebagai juara.

Mengulas mengenai pertandingan itu, Arthur berkata bakat dan kebolehan penduduk tempatan wajar diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dengan sokongan berterusan daripada kerajaan.

“Pertandingan seperti Sugandoi dan Unduk Ngadau memberi ruang kepada belia untuk menyerlahkan bakat sebelum mewakili daerah ke peringkat negeri, khususnya sempena Pesta Kaamatan anjuran Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Penampang,” tambahnya.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Datuk Bobbey Ah Fang Suan, Pegawai Daerah Nabawan TS Marshal Anthony, dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Hasinin Kinsim.

-RJ-

Tinggalkan komen anda