Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Penjelasan SST telah berjaya dilaksanakan di Kampung Masjid Tiris Bekenu.

By 24 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Kesai Andi (Sarawak)

NIAH, 20 Jun (Malaysia Aktif) – Program penjelasan cukai barangan dan perkhidmatan (SST)oleh Pejabat Penerangan Daerah Niah adalah untuk memastikan Komuniti MADANI dan orang ramai tidak salah faham dengan cukai yang bakal diperkenalkan itu.

Komuniti MADANI Warisan Kedayan Tiris yang hadir.

Pegawai Penerangan Daerah Niah Melina Kelali berkata , cukai hanya dikenakan ke atas barangan mewah sahaja yang dikenakan seperti jentera industri, lukisan yang antik dan juga basikal lumba.

Selain itu, Komuniti MADANi turut diberikan taklimat bertajuk ‘Kempen Internet Selamat’.

Suip Karim menyatakan penghargaan atas penganjuran program yang berjaya memperjelas isu cukai SST dan kempen penggunaan internet secara selamat.

Menurut Ketua Kampung Kepayang merangkap Timbalan Ketua Komuniti MADANI Warisan Kedayan Tiris, Suip Karim, 60, berkata program tersebut sangat bermanfaat.

“Ia adalah kerana telah berjaya meningkatkan kefahaman penduduk kampung tentang kepentingan menggunakan Internet secara selamat dan juga isu semasa seperti cukai SST yang bakal diperkenalkan bagi mengelakkan terjad nya berita palsu disebarkan,” katanya semalam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda