Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sembang Santai Jiwa@Komuniti MADANI Buka Ruang Celik Digital Masyarakat

By 28 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Tawau)

TAWAU, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Program Jiwa@Komuniti MADANI 2.0 Sembang Santai yang berlangsung di Kampung Sungai Imam bukan sahaja menceriakan komuniti setempat, malah memperkukuh usaha melahirkan masyarakat celik digital.

Jalani ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Jiwa@Komuniti MADANI 2.0.

Program anjuran Komuniti MADANI kampung berkenaan bersama Jabatan Penerangan Malaysia itu mengetengahkan mesej utama agar masyarakat berperanan sebagai penyampai maklumat sahih kepada komuniti sekeliling, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Merotai, Jalani Chachu, masyarakat hari ini bukan sahaja perlu celik digital, malah perlu celik maklumat dan bertanggungjawab sebagai komuniti alam maya.

“Kita mahu komuniti menjadi benteng kepada penyebaran maklumat palsu dan manipulasi digital. Apabila masyarakat celik maklumat, mereka bukan sahaja mampu menyaring, malah turut menyampaikan kebenaran kepada orang lain.

Segmen kuiz interaktif menceriakan suasana sambil menguji kefahaman peserta terhadap kandungan yang disampaikan.

“Saya menyarankan agar program seumpama ini diperluaskan ke kampung-kampung lain bagi memastikan rakyat terus peka terhadap isu semasa dan penggunaan media sosial yang lebih beretika. Komuniti celik digital, komuniti lebih berdaya,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di sini pada Sabtu.

Sambutan yang menggalakkan daripada penduduk berjaya memenuhi hasrat program antaranya menerusi menampilkan pelbagai pengisian interaktif termasuk bimbingan membuka akaun Facebook dan TikTok selain penghasilan kandungan digital yang beretika.

Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz interaktif sebagai tanda penghargaan atas penglibatan aktif mereka.

Selain itu, peserta turut diberi pendedahan kepada teknologi Chatbot AIFA serta taklimat isu semasa seperti bekalan gas LPG, subsidi telur dan penghayatan Rukun Negara.

Segmen kuiz interaktif juga menceriakan suasana dan menguji kefahaman peserta terhadap kandungan yang disampaikan di samping taklimat keselamatan siber bagi menangkis ancaman penipuan dalam talian dan penyamaran identiti.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda