
Laporan/foto: Nur Amielia/Marshita (Kerian)
PARIT BUNTAR, 23 Jun (MalaysiaAktif) – Program Jiwa@Kemasyarakatan Komuniti MADANI yang diadakan di Kampung Titi Serong di sini berlangsung meriah dengan penglibatan aktif masyarakat pelbagai peringkat umur.

Taklimat isu semasa pengsrukturan semula Tarikf Eletrik bermula 1 Julai ini kepada masyarakat.
Menurut Ahli Dewan Negera Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, program ini merupakan satu inisiatif mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan masyarakat, seiring semangat Malaysia MADANI melalui pelbagai aktiviti bermanfaat.
“Saya amat bersyukur kerana Komuniti MADANI berjaya menganjurkan program yang bertujuan untuk memperkenalkan fungsi agensi kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Pameran dari Tenaga Nasional Berhad ( TNB) Bagan Serai dan sesi penerangan berkaitan Tarif Eletrik.
“Kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan rakyat, antaranya melalui program MySalam yang menyediakan perlindungan kesihatan percuma, termasuk bayaran sekali beri sebanyak RM8,000 kepada individu yang didiagnosis dengan penyakit kritikal,” katanya ketika menyampaikan ucapan, kelmarin.
Antara pengisian utama program ini adalah penyampaian maklumat secara terus berkaitan isu-isu semasa kepada masyarakat setempat, pameran serta taklimat ringkas oleh agensi kerajan dan sukan rakyat.
Selain itu, sebanyak 50 kotak makanan turut disumbangkan kepada golongan asnaf sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.
-ZS-