Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bukit Sulai Clean Up Day Pupuk Warga KMPh Jaga Kelestarian Alam Sekitar

By 23 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Kolej Matrikulasi Pahang

KUANTAN, 23 Jun (MalaysiaAktif) – Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) melalui Kelab Go Nature KMPh menjalankan aktiviti pembersihan bagi memupuk kakitangannya menjaga kelestarian alam sekitar, kelmarin.

Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang meletakkan mesej kelestarian alam

Menurut Penyelaras Program Bukit Sulai Clean Up Day Yuniza Mohamed, seramai 47 orang ahli kelab menyertai program ini bertempat di Bukit Sulai.

Antara peserta warga Kolej Matrikulasi Pahang yang menyertai program

“Aktiviti utama program ini selain melakukan aktiviti pendakian ialah peserta di minta mengutip sampah yang ditinggalkan oleh pendaki seperti botol air minuman, plastik makanan dan lain-lain di sepanjang laluan mendaki,” katanya.

Tambahnya lagi peserta yang menyertai aktiviti ini amat berpuas hati kerana dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Mohd Riedznan Sutrisno telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program ini.

Selain dapat beriadah, dalam masa yang sama kita dapat mendidik dan menjaga kelestarian alam sekitar bersama selain mengeratkan jaringan dan jalinan dengan masyarakat setempat.

“Tahniah dan setinggi penghargaan kepada Kelab Go Nature KMPh dan kepada semua peserta yang dedikasi dan berjaya mengeluarkan sampah sebanyak 38 kilogram dari persekitaran Bukit Sulai sepanjang sesi mendaki dan turun bukit,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sri Fajar Norman Abdul Rahman.

-AA-

Tinggalkan komen anda