Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Bina Jati Diri, Keyakinan dan Semangat Memimpin

By 20 Jun 20254 hari yang laluTiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar

BACHOK, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 70 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seneng menyertai Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Tahun 2025, bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan, jati diri dan keyakinan dalam kalangan barisan pemimpin muda sekolah yang berlangsung selama tiga hari di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok.

PKPgB (TBKI) Tc. Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok menandatangani MoU Program Jalinan dan Jaringan (J&J) antara Sekolah Kebangsaan Seneng,Bachok dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,Bachok bersama Puan Maryana Muhammad Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seneng disaksikan oleh Dr. Mohamad Ilmee MohamadĀ ZinĀ (kiri)

Di sertai pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6, peserta terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Kem ini merupakan kerjasama strategik antara Unit Hal Ehwal Pelajar SK Seneng dan Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, dengan sokongan penuh daripada warga pendidik dan pasukan bomba setempat.

Menurut Dr. Mohamad Ilmee Mohamad Zin, Pemangku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Bachok, program seumpama ini memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap nilai dan tanggungjawab sebagai pemimpin yang berwibawa.

ā€œKita mahu buang sikap sambil lewa dalam kalangan pemimpin muda. Kem ini menyuntik kesedaran dan persediaan awal untuk mereka memimpin dengan nilai positif dan berkesan,ā€ katanya.

Aktiviti flying fox dan kecerdasan yang dilaksanakan

Beliau menambah bahawa pelbagai aktiviti telah disusun rapi bagi membina kemahiran pelajar, termasuk sesi brainstorming, ceramah kepimpinan dan keselamatan kebakaran, aktiviti flying fox, senamrobik serta pelbagai latihan berkumpulan yang menekankan aspek kerja berpasukan dan kepimpinan praktikal.

Sementara itu, PKPgB (TBK I) Tc. Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, berkata kem tersebut bukan sahaja membina sahsiah, malah turut meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar.

ā€œMereka didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri ketika kebakaran, penggunaan alat pemadam api, dan asas keselamatan umum yang sangat penting,ā€ jelasnya.

Lebih bermakna, kem ini turut menyaksikan pelancaran rasmi Kelab Bomba Junior Sekolah Kebangsaan Seneng melalui pemeteraian perjanjian MoU Program Jalinan dan Jaringan (J&J) antara pihak Balai Bomba dan pihak sekolah, yang diwakili oleh Guru Besar, Puan Maryana Muhammad Yusof.

Bagi menjayakan program ini, seramai enam jurulatih bomba ditugaskan mengendalikan sesi teori dan praktikal berkaitan kebombaan, manakala dua belas orang guru bertanggungjawab melaksanakan modul-modul kepimpinan sepanjang program berlangsung.

Dengan pendekatan seimbang antara teori, praktikal dan aktiviti fizikal, Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Seneng 2025 berjaya menjadi platform holistik dalam membentuk barisan pelapis pemimpin yang berdisiplin, berdaya saing dan berwawasan.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda