Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Komuniti MADANI Perkasa Kemahiran Menjahit Penduduk Kampung Peninjau Baru

By 36 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Penduduk Kampung Peninjau Baru bukan sahaja didedahkan dengan maklumat mengenai inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa, malah turut diberi peluang memperkukuh kemahiran diri menerusi Program Slot Khas Komuniti MADANI x NADI Kampung Peninjau Baru yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (NADI) kampung berkenaan, hari ini.

Sumardi turut sampaikan ceramah bersemuka mengenai inisiatif kerajaan dan isu semasa di NADI Kampung Peninjau Baru.

Program tersebut merupakan inisiatif Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dengan kerjasama NADI Kampung Peninjau Baru dan Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru telah berjaya menarik penyertaan penduduk kampung di situ dan kawasan berdekatan apabila seawal jam 10.00 pagi mereka sudah hadir untuk mendaftar.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru, Desmond Andrin Aloi, 68 tahun menyifatkan pengisian menarik seperti ceramah interaktif, sembang santai, sesi dialog dan edaran bahan penerbitan oleh JAPEN Bau yang turut mendedahkan peserta dengan kelas kemahiran menjahit itu bertepatan dengan minat dan keperluan penduduk sehingga mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pelbagai peringkat umur dan jantina.

Denis serah bahan penerbitan dan beri penerangan kepada Davina di NADI Kampung Peninjau Baru.

Katanya, penduduk setempat tanpa mengira jantina dan umur menunjukkan respon positif sebaik sahaja mereka mengetahui pengisian program kali ini menekankan kepada kemahiran menjahit.

Menurutnya lagi, penduduk menunjukkan semangat tinggi apabila hadir lebih awal untuk membuat saringan kesihatan sebelum mengikuti kelas menjahit yang dikendalikan oleh pihak NADI.

Saringan kesihatan oleh NADI Kampung Peninjau Baru terima sambutan baik daripada peserta program.

“Harapan kita pada masa depan komuniti setempat juga berpeluang untuk meningkat kemahiran lain umpamanya kemahiran memasak yang pasti juga memberi impak positif kepada peserta, keluarga dan komuniti,” ujarnya semalam.

Antara yang turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman; Pengurus NADI Kampung Peninjau Baru, Davina Elvie Collin; serta Pegawai Penyelaras Program Komuniti MADANI, Connie Iee dan Denis Etem berkenaan pada hari ini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda