Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

SADC Agih RM210,000 kepada Peserta Ladang Rakyat Perak Tengah

By 5 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Affifa Aroff (Perak Tengah)

BOTA, 5 Nov (MalaysiaAktif) – Seramai 700 peserta di daerah Perak Tengah menerima agihan keuntungan berjumlah RM210,000 daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).

Agihan keuntungan itu disampaikan menerusi Majlis Agihan Keuntungan Ladang Rakyat SADC Tahun 2025 Peringkat Daerah Perak Tengah di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota Kanan, di sini semalam.

Mohd Azhar, menyampaikan ucapan bagi pihak SADC pada majlis berkenaan.

Majlis yang dihadiri lebih 800 orang itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Khairudin Abu Hanipah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja.

Khairudin dalam ucapannya berkata program Ladang Rakyat Lambor yang bermula pada tahun 1997 dengan 350 penerima telah diperluaskan kepada 700 orang sejak 2011.

Katanya, perluasan itu mencerminkan keprihatinan SADC dalam membantu penduduk luar bandar yang berdepan cabaran ekonomi semasa.

Barisan tetamu kehormat bergambar bersama penerima program Ladang Rakyat.

“Tahun ini, SADC memperuntukkan sebanyak RM210,000 untuk diagihkan kepada 700 penerima masing-masing menerima RM300 tunai.

“Senarai penerima ditapis teliti oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Penghulu Mukim serta mendapat perakuan Pegawai Daerah sebelum diluluskan SADC,” katanya.

Beliau berkata SADC menganjurkan Jualan Rahmah dan Jualan Sejahtera Rakyat yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi barangan keperluan harian seperti beras, telur dan daging bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat.

Khairudin turut menzahirkan penghargaan kepada SADC dan agensi berkaitan atas kerjasama menjayakan program berkenaan serta berharap inisiatif itu dapat membantu usaha kerajaan negeri mensifarkan kemiskinan di Perak Tengah.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SADC Mohd Azhar Mohd Yusuf dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah Megat Mohd Zamri Megat Mohd.

-RI

Tinggalkan komen anda