Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Majlis Sentuhan AgroMADANI Santuni 350 Nelayan Kuala Besut

By 2 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

BESUT, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 350 nelayan Kuala Besut diraikan dalam Majlis Sentuhan AgroMADANI di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Besut, di sini kelmarin.

Mohamad Sabu ketika menyampai ucapan perasmian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang hadir turut meluangkan masa mendengar sendiri keluhan serta pandangan para nelayan mengenai cabaran semasa industri perikanan.

“Soal keterjaminan makanan negara bermula dengan nelayan, bagi memastikan mereka yang turun ke laut setiap hari sentiasa mendapat sokongan.

“Apabila kerajaan turun padang dan melihat sendiri denyut nadi rakyat, barulah dasar yang dirangka benar-benar sampai ke bawah. Pendekatan AgroMADANI bukan sekadar slogan, tetapi satu usaha berterusan untuk memperkukuh komuniti nelayan agar hasil mereka lebih terjamin,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Tetamu yang hadir di Majlis Sentuhan AgroMADANI di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Besut.

Pada majlis berkenaan, Mohamad Sabu turut menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan serta Zakat Wakalah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan kerajaan terhadap kebajikan komuniti nelayan.

Inisiatif di bawah kerangka Malaysia MADANI ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan nelayan melalui bantuan yang mampu meringankan beban serta meningkatkan semangat nelayan untuk terus mencari rezeki selain memperkukuh industri perikanan sekali gus menjamin keterjaminan makanan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda