
Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Facebook Fairul Nizam Roslan
ASAHAN, 6 April (MalaysiaAktif) – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Alor Gajah 2026 menerusi konsep ‘Kampung Kita’ menjadi platform terbaik menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Menteri Melaka menerima cenderamata sempena perasmian program.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata program itu merupakan siri ke-11 WRUR dan yang pertama bagi tahun 2026, dengan pendekatan baharu yang diperluaskan ke peringkat Parlimen.
“Bagi Parlimen Alor Gajah, konsep ‘Kampung Kita’ diperkenalkan bagi memupuk rasa kekitaan serta memastikan suara rakyat terus menjadi panduan utama dalam setiap dasar dan tindakan kerajaan,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di di Padang Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh, di sini kelmarin.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa lebih banyak perubahan dan kemajuan akan terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
“Saya percaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan berpotensi menjadi model Kampung Sejahtera, bukan sahaja indah dari segi alam semula jadi, malah kukuh dari aspek ekonomi.
-RI





