Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kampung Angkat MADANI: Kampung Dumpiring Bawah Kundasang Terima RM500 Ribu Dana Pembangunan

By 27 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Municca Kiat (Ranau)

RANAU, 6 Jun (MalaysiaAktif) – Kampung Dumpiring Bawah di Kundasang menerima dana pembangunan sebanyak RM500 ribu bagi melaksanakan pembinaan dewan masyarakat dilengkapi dengan pelbagai prasarana.

Kampung berkenaan juga disenaraikan di bawah program Kampung Angkat Madani yang dikelola oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Kelesterian Alam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kementeriaan berkenaan sentiasa berusaha memastikan pembangunan di Kundasang dan Ranau berjalan seiring dengan aspek keselamatan melalui pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan.

“Selain itu, langkah perlindungan ini akan terus diperkukuh dalam RMK-13 melalui perancangan kesinambungan projek pemasangan sistem amaran awal dan penanda aras pergerakan sasar serta perluas program kampung angkat bagi tahun 2026.

“Saya percaya apabila kerajaan, pemimpin negeri, pemimpin tempatan dan semua yang terlibat bekerjasama sebagai satu pasukan banyak perkara yang dapat dilaksanakan.

“Contohnya kita boleh memperkukuhkan kesedaran komuniti terhadap risiko cerun dan bencana serta dapat meningkatkan kesiapsiagaan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Madani di Kampung Dumpiring Bawah, Kundasang hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata dengan kerjasama JMG, sistem penyampaian maklumat bencana khasnya akan lebih pantas dan efisien.

“Penduduk boleh mendapatkan terus info sekaligus membantu mengatasi dan mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya apabila berlaku bancana alam dibeberapa kawasan sasar.

“Dengan adanya program ini, saya berharap agar JMG dapat membantu mengenal pasti kawasan zon merah (aktiviti pergerakan tanah) dan kawasan tidak boleh diduduki oleh masyarakat,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda