Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Seni Bina Ikonik DUN Sarawak Tarik Perhatian Pelancong

By 34 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurshani Amsain (Sarawak)

KUCHING, 8 Jun (MalaysiaAktif) – Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di tebing Sungai Sarawak terus menjadi mercu tanda ikonik menarik perhatian pelancong menerusi keunikan reka bentuk seni bina, nilai budaya tempatan.

Bangunan yang berdiri megah itu menampilkan reka bentuk bumbung yang diinspirasikan daripada payung tradisional Melayu sekali gus melambangkan kedaulatan, perpaduan, identiti negeri.

Pengunjung, Amsain Armain, 55, berkata beliau kagum dengan keunikan reka bentuk bangunan tersebut yang berbeza daripada bangunan lain di negara ini.

“Saya kagum dengan reka bentuknya, sangat unik, berbeza daripada bangunan lain di Malaysia,” katanya.

“Ia benar-benar mencerminkan budaya Sarawak,” katanya lagi ketika ditemui di perkarangan bangunan berkenaan, di sini kelmarin.

Menurut Amsain, Wisma Bapa Malaysia turut melengkapkan landskap bandar dengan menampilkan seni bina moden serta memainkan peranan penting mewujudkan persekitaran tersusun.

“Kedua-dua bangunan tersebut bukan sahaja menjadi tarikan visual, malah membantu pelawat memahami sejarah, budaya, identiti Sarawak melalui keunikan reka bentuk yang dipaparkan,” jelasnya.

Keindahan seni bina di Kuching membuktikan bahawa sesebuah bangunan mampu menjadi medium penceritaan budaya yang menghubungkan warisan, identiti dan pengalaman pelancongan dalam satu naratif yang bermakna.

-RJ-

Tinggalkan komen anda