Skip to main content
Berita TempatanSabah

MAKeS SMK Tandek, Bentuk Kecemerlangan Holistik Akademik, Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sylvia Sumping/Nur Hamizah Ilham (Kota Marudu)

KOTA MARUDU, 11 Jun (MalaysiaAktif) – Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKeS) SMK Tandek dilihat sebagai salah satu platform yang ampuh untuk mengimbangi kecemerlangan pelajar dari sudut kokurikulum dan sahsiah selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM).

Pengarah program, Joulan Tuyundo, berkata penganjuran MAKeS bukan sahaja bertujuan menghargai usaha dan pencapaian pelajar malah MAKeS diharap akan terus memacu usaha melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

Jelasnya, MAKeS mencerminkan komitmen berterusan SMK Tandek dalam melahirkan generasi pelajar yang holistik, berilmu dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.

“Penghargaan khas turut diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dan penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum serta kepimpinan sekolah sepanjang tahun 2025. Program ini malah menjadi pemangkin dalam menyemarakkan budaya kecemerlangan serta membangunkan potensi pelajar dari aspek kepimpinan, pengetahuan dan kemahiran.

“Majlis ini turut menjadi medium yang mengukuhkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing serta berakhlak mulia,” katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKeS) SMK Tandek 2026 semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda itu turut mengiktiraf pencapaian pelajar berdasarkan keputusan Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Kohort 2025.

-RJ-

Tinggalkan komen anda